Jom Join PKR

Jom Join PKR
Jadi Ahli

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI
Jika Belum Hubungi Kami

Daftar Pemilih

Daftar Pemilih

Sunday, January 2, 2011

Isu SUK: Bekas hakim sokong Khalid

Perlantikan oleh kerajaan pusat melalui Ketua Setiausaha Negara untuk jawatan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor (SUK) dilihat oleh seorang bekas hakim mahkamah Persekutuan sebagai satu perkembangan yang mengecewakan yang boleh menyebabkan satu lagi masalah pertembungan perlembagaan di antara kerajaan pusat, negeri dan pihak istana Selangor.

Datuk N.H Chan memberitahu bahawa perlembagaan persekutuan dan negeri Selangor sendiri memberi kuasa penuh kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengambilalih kuasa yang dipunyai oleh kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN) untuk memilih penjawat jawatan SUK Selangor.

Chan yang menyebelahi Khalid dengan tegasnya memberitahu kuasa Khalid kini boleh melantik sesiapa sahaja menjawat jawatan Pemangku SUK Selangor buat masa ini sebagai tanda menolak perlantikan Datuk Mohd Khusrin Nawawi yang melaporkan diri bertugas di pejabat SUK Selangor jam 7 pagi tadi.

Khalid boleh melantik Pegawai Kewangan negeri itu sebagai pemangku SUK buat sementara waktu sekiranya ingin membawa kes ini dibincangkan dengan Sultan Selangor dan juga jika ingin dibawa ke mahkamah.

Chan menjelaskan masalah yang timbul sekarang yang menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan di dalam isu ini ialah di dalam peruntukan perlembagaan tidak menyebut secara jelas nama penuh sebenar suruhanjaya perkhidmatan yang sepatutnya melantik Setiausaha Kerajaan negeri. Ini telah menyebabkan pihak kerajaan pusat melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil kesempatan untuk melantik SUK.

Menurut perlembagaan lagi, SUK hanya boleh memberi cadangan nama calon-calon yang sesuai untuk jawatan tersebut dan tidak berkuasa melantik sesiapapun mengikut selera mereka kerana keputusan terletak pada tangan Menteri Besar.

Selain itu, menurut beliau lagi, masalah yang timbul ini juga disebabkan kesilapan JPA yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu JPA sewajarnya memberikan senarai nama calon mereka kepada MB dan menunggu keputusan MB. JPA tidak seharusnya membelakangkan kerajaan negeri dan terus berhubung dengan pihak istana.

Nyata jelas beliau lagi, tindakan melangkau ini yang menyebabkan MB tidak mengetahui apa pun langsung adalah salah dan jelas langkah ini satu langkah politik kerajaan pusat. Khusrin dijangka mengangkat sumpah pada 6 Januari nanti di hadapan Sultan Selangor.

Chan mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia melaksanakan sisten pemerintahan raja berperlembagaan dan raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak sepertimana negara-negara beraja yang lain seperti Brunei dan Swaziland.

Raja berperlembagaan akan bertindak di atas nasihat oleh pegawai tertinggi negara atau negeri (dalam Selangor ialah MB) dan beliau tidak boleh bertindak secara mutlak ataupun mengikut nasihat atau arahan orang lain kerana ini adalah undang-undang perlembagaan yang mesti diikuti.

Chan sangat hairan kenapa MB tidak dihubungi dalam isu perlantikan ini kerana orang inilah (SUK) yang akan bekerja di bawahnya. Isu profesionalisma di sini ialah kedua-duanya mestilah mereka yang boleh bekerja bersama-sama dengan kebaikan rakyat.

Sebelum ini, pakar perlembagaan negara, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari menyarankan kerajaan pusat jangan membuang masa dan diminta bawa sahaja isu ini diselesaikan di mahkamah.

Sumber: http://keadilangerik.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Ucapkan

Ucapkan