Jom Join PKR

Jom Join PKR
Jadi Ahli

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI
Jika Belum Hubungi Kami

Daftar Pemilih

Daftar Pemilih

Tuesday, May 27, 2008

Belajar Basmi Rasuah

Keyakinan semakin menyerlah di Selangor

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor berkata dia tidak risau tentang pelabur asing. Ada laporan media yang berkata bahawa pelabur asing semakin lembab membuat pelaburan di Malaysia. Ini telah dinafikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Namun demikian, Ketua Menteri Pulau Pinang, tidak mahu berdiam diri. Dia menyatakan sudah mempunyai strategi serampang tiga mata. Lim, 46, merasakan bahawa Pulau Pinang akan terjejas oleh kemunduran ekonomi global pada akhir tahun ini. Strategi pertama beliau ialah menarik pelaburan yang baru.

Beliau telah menyebut lawatan beberapa perwakilan dagang daripada negara Utara Asia, India, China dan UK. Yang membuatkan beliau kecewa ialah setakat ini belum ada sesiapa yang datang daripada Singapura, untuk menemui beliau. .

“Saya akan minta semua pelabur yang datang sini tidak memberikan rasuah. Kalau ada sesiapa yang mendekati pelabur itu, saya mahu mereka melaporkan supaya kita boleh bertindak, “ katanya.

Strategi kedua beliau ialah mengembangkan pelancongan. Pulau Pinang merupakan destinasi popular bagi orang asing. Lim mahu mempelbagaikan usaha dengan memberi tumpuan ke atas pemberian insentif, persidangan dan pameran, termasuk pelancongan perubatan. Dia juga mahu jadikan Pulau Pinang sebagai pusat pendidikan.

Strategi ketiga beliau ialah keadilan sosial. Dia mahu berikan tumpuan ke atas jenayah dan menambah penguatkuasaan keselamatan.

Oleh kerana ekonomi Pulau Pinang dirancakkan oleh penyertaan pihak swasta, dia rasa lebih banyak perhatian diperlukan terhadap modal insan. Pulau Pinang, katanya telah kehilangan terlalu ramai bijak-pandai kepada negara lain.

Lim datang daripada DAP sedangkan Khalid adalah daripada parti pimpinan Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat).

Kedua-dua parti sedang dikerumuni keanggotaan baru selepas pilihan raya umum 8 Mac.

Khalid, 61, masih ingat betapa sukarnya laluan mereka semasa berkempen dahulu.

“Kami mempunyai sumber yang terhad dan terpaksa menjelajah dari satu rumah ke rumah meminta orang ramai memberikan undi mereka.”

Pihak media pun memencilkan parti mereka. Yang berkecuali ialah media Bahasa Cina yang berlaku adil kepada pihak pembangkang.

Seperti dengan rakan sejawat di Pulau Pinang, Khalid telah menjanjikan ketelusan dan keterbukaan urusan kerajaan beliau, terutama sekali dalam pemberian kontrak.

Beliau mengaku masih lagi belajar dan kalau ada sedikit kesilapan “ia membuka mata terhadap kecelakaan yang mungkin berbangkit.”

Dia berikan satu contoh. Beberapa unit mesin pendua (fotokopi) telah dipesan untuk kegunaan pejabat kerajaan negeri. Tetapi bila bil diterima, didapati harganya adalah jauh terlalu tinggi daripada harga pasaran. Ada orang yang merancang mahu dapatkan komisen. Mesin itu telah dipulangkan, dengan ucapan maaf dan satu sebut harga baru telah dibuka.

Pengurusan baru kerajaan itu sedang memasuki ambang ketiga bulan, kini ada desas-desus yang menyebut kemungkinan berlakunya perubahan di peringkat Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata; “memang ada desas-desus itu dan memang ada pertanda akan berlakunya perubahan tetapi apakah ini akan menjadi satu kenyataan masih samar juga.”

Khalid, adalah bekas CEO Syarikat Guthrie, dan pemilik ijazah MBA. Dia amat “yakin dengan kemungkinan berlakunya perubahan di peringkat kerajaan pusat.”

Sebelum pilihan raya umum dahulu memang ada kesangsian tentang hasilnya.

Isteri beliau menjadi begitu tertekan kalau-kalau kehilangan beliau disebabkan politik. Pada kali pertama dia ditanya, dia telah mencadangkan agar mereka berikan sahaja 10 peratus apa yang mereka miliki kepada parti dan berpindah ke tempat lain.

Akan tetapi, Anwar yang merupakan seorang sahabat selama tiga puluh tahun, telah berjaya memujuk beliau membuat peralihan itu.

Tuesday, May 20, 2008

Kenyataan Media

Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela.

Monday, May 19, 2008

Respons:

Cuma nak memberi pendapat berhubung isu kemasukan beramai-ramai ahli UMNO ke dalam PKR. Memanglah secara umumnya, ia boleh dilihat sebagai satu perkembangan yg positif. Satu kejayaan buat Pakatan Rakyat kerana perjuangan kita mula diterima rakyat. Diharap sokongan ini akan berterusan. Cuma, saya rasa memang wajar kita memantau penyertaan mereka ini. Persoalannya, ikhlaskah mereka menyertai dan menyokong perjuangan kita? Bukan apa, takut yang masuk beramai-ramai tu ada udang disebalik batu. Tidak salah jika kita berhati-hati dalam soal ini. Maklumlah, saya takut dan tidak mahu jika mereka membawa masuk bersama mereka budaya UMNO yg korup tu ke dalama PKR. Bagi saya, PKR masih lagi ’suci’. Jadi, pertahankan ke’suci’an perjuangan kita. Jangan sekali-kali kita terperangkap dengan tipu helah mereka yang mahu menjatuhkan kita malah ‘membunuh’ kita. Saya dengar khabar, ramai ahli-ahli UMNO di Selangor mahu menyertai PKR. Jika mereka ikhlas menyertai kita kerana meyokong dasar dan perjuangan kita, maka terimalah mereka dengan hati dan tangan yang terbuka. Tetapi, jika mereke menyertai kita kerana mereka menyangka itu adalah cara pintas/mudah untuk mereka mendapat kesenangan hidup, merompak harta rakyat seperti ketika mereka bersekongkol dengan UMNO dulu, maka eloklah jika kita menjauhkan diri daripada golongan sedemikian. Saya percaya, DSAI merupakan calon terbaik untuk memimpin Malaysia menjadi sebuah negara yang gemilang dan terbilang.

Mengenai keanggotaan baru, janganlah saudara terlalu musykil. Kita menerima semua yang memohon tetapi akan terus memantau.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, May 8, 2008

JOM PAKAT MASUK KEADILAN

Parti Keadilan Rakyat, Bahagian Hulu Langat sedang menjalankan Kempen "Jom Masuk Keadilan", Kepada semua warga sekitar Hulu Langat, Selangor (Dun Kajang, Dun Dusun Tua, Dun Semenyih) yang berminat menyertai Parti Keadilan Rakyat, boleh berhubung terus di alamat / talian berikut:

Pusat Khidmat Masyarakat PKR
Bahagian Hulu Langat
No. 34-1, Jalan 5/12, Seksyen 5, Bandar Rinching,
43500 Semenyih, Selangor


Mohd Ali Hanapiah(012-3051757) - Setiausaha
Abdul Rahim(016-3854690)
Nor Azlan(014-2325704)

email: pkr.hululangat@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Ucapkan

Ucapkan