Jom Join PKR

Jom Join PKR
Jadi Ahli

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI
Jika Belum Hubungi Kami

Daftar Pemilih

Daftar Pemilih

Tuesday, July 27, 2010

Isu Pasir: Pemimpin UMNO Cuba Perbodohkan Rakyat, Kerajaan Selangor

Merdeka Review

Faekah Husin

Saya kesal dengan sikap pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO yang berterusan memberikan kenyataan salah berhubung operasi perlombongan pasir serta kejadian curi pasir di negeri Selangor.

Tohmahan melulu, silap fakta dan buta undang-undang jelas menggambarkan niat sebenar mereka bukannya untuk menyelesaikan masalah kecurian pasir tetapi hanya mahu menonjolkan diri sebagai jaguh politik kampung.

Tindakan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri menyelar Menteri Besar kerana meminta campur tangan Kerajaan Persekutuan untuk membantu Selangor membanteras pencurian pasir adalah contoh nyata.

Kita maklum sememangnya budaya politik UMNO sentiasa mengikut rentak pimpinan meskipun kenyataan yang diberikan menyimpang dari fakta sebenar dan di luar peruntukan undang-undang. Namun kenyataan Adun Sementa itu menunjukkan betapa ceteknya pengetahuan beliau mengenai undang-undang negara ini.

Beliau seolah-olah tidak tahu bahawa kuasa pendakwaan terletak di tangan Kerajaan Persekutuan dan arahan penguatkuasaan hanya boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa Persekutuan tanpa perlu merujuk kepada kerajaan negeri.

Kita juga kesal dengan sikap Kerajaan Persekutuan yang cuba cuci tangan dalam isu jenayah curi pasir kerana ini jelas bertentangan dengan konsep federalisme. Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan tanggungjawab khusus kepada kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang pihak berkuasa di negeri-negeri di bawahnya.

Kami yakin kritikan yang tidak berasas ini hanyalah untuk mengalih tumpuan rakyat daripada kejayaan Kerajaan Negeri mengendalikan perlombongan pasir melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Kerajaan Negeri telah menunjukkan data bahawa melalui KSSB, operasi perlombongan pasir di Selangor dilakukan secara lebih sistematik dengan adanya kawalan pengeluaran pasir serta memastikan pelombong pasir mematuhi peraturan alam sekitar.

Hasilnya, pendapatan pasir telah meningkat beberapa kali ganda seperti berikut:


Hasil pasir juga digunakan untuk membantu kerajaan negeri membiayai program kebajikan di bawah agenda "Merakyatkan Ekonomi Selangor" seperti Tabung Warisan Anak Selangor, Hadian Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang.

Sebelum ini rakyat tidak pernah merasai hasil sumber alam ketika BN memerintah Selangor selama lebih 50 tahun. Kami yakin rakyat menyokong usaha-usaha kerajaan negeri ini kerana lebih baik berbanding BN dan kerana UMNO cuba memutar belitkan isu pasir ini bagi memperbodohkan rakyat.

*Kenyataan media daripada Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10961
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Ucapkan

Ucapkan