Jom Join PKR

Jom Join PKR
Jadi Ahli

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI

SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI
Jika Belum Hubungi Kami

Daftar Pemilih

Daftar Pemilih

Tentang Kami


Urusetia PKR DUN Semenyih sebuah jawatankuasa yang dianggotai ahli-ahli PKR di DUN Semenyih yang diketuai oleh seorang Pengarah, beliau akan melantik ahli-ahli jawatankuasa yang dipilih dari ranting pusat mengundi.  ia merupakan nadi kepada pergerakan dan aktiviti PKR di DUN Semenyih. Ia di gerakkan oleh kombinasi jawatankuasa cabang dengan dibantu oleh wakil-wakil ranting dalam DUN Semenyih. Urusetia ini juga bertujuan membantu Jawatankuasa Penyelaras DUN Semenyih mencari pendekatan terbaik dan efektif bagi melaksanakan tugas-tugas terhadap masyarakat di DUN Semenyih menurut kepakaran masing-masing tanpa mengira fahaman polik dan kaum.

UPD Semenyih juga berperanan menyelaras setiap program serta aktiviti yang digerakkan oleh PKR Cabang. Di samping itu, UPD Semenyih merupakan pusat pertukaran serta penyaluran informasi kepada ahli-ahli selain menawarkan perkhidmatan komuniti kepada masyarakat.
UPD Semenyih juga akan membantu melaksanakan program tarbiyyah kepada ahli-ahli serta latihan kemahiran yang bersesuaian di samping menggerakkan kempen penerangan bagi menambah keahlian PKR.

FUNGSI
  1. Merancang Program Pembangunan Keahlian PKR
  2. Memulih, memelihara dan mengangkat ahli-ahli PKR melalui aktiviti pendidikan, sukan dan rekreasi, ekonomi, kebudayaan dan kesenian
  3. Membentuk jati diri ahli, dengan penyediaan ruang dan peluang di kawasan Dewan Undangan Negeri.
  4. Memupuk integrasi nasional melalui aktiviti-aktiviti ahli yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum.
  5. Menggalakkan kecemerlangan di dalam pelbagai bidang melalui penganjuran program-program.
  6. Memanifestasi kecemerlangan ahli melalui penambahan pendaftaran keahlian dan Ranting.
  7. Membantu pentadbiran jawatankuasa di setiap Ranting.
  8. Meningkatkan kesedaran dan keprihatinan warga desa terhadap peri pentingnya memelihara alam sekitar.
  9. Menyelaras dan memusatkan semua urusan kewangan dan penyaluran dana bagi pelaksanaan program-program.
UPD Semenyih mengujudkan jawatankuasa untuk bergerak seiring dengan kehendak pucuk pimpinan parti. Perlantikan jawatankuasa adalah sebagai penghormatan terhadap mereka yang bertungkus-lumus bekerja selama ini membantu PKR dalam DUN Semenyih. Tenaga-tenaga terbaik ini kita tidak mahu terabai begitu sahaja selepas pilihanraya, bahkan kita mahu mereka terus memberi sumbangan terbaik terhadap DUN Semenyih yang mereka sendiri merasa megah dan bersyukur terhadap kekuatan dicapai dan sudah tentu mahu meneruskan dan memperbaiki prestasi dan demi mencapai kemenangan pada masa hadapan.

Bagi melicinkan perjalanan dan tindakan, jawatankuasa UPD Semenyih bersifat multirasial, khususnya dari kalangan kaum India dan Cina.

Adalah menjadi harapan melalui AJK dan kerja-kerja yang dilakukan DUN Semenyih dapat mencapai prestasi tinggi di dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Harapan mereka terhadap kami adalah tinggi dan kami perlu memenuhi kemahuan dan harapan masyarakat yang bersifat multirasial. Kami berusaha memenuhinya melalui janji kami menjadikan DUN Semenyih MILIK PKR dalam PRU akan datang dengan moto ”WANT SEMENYIH”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Memperbaharui Tekad Menggalas Perjuangan

Ucapkan

Ucapkan